JOIN ME...
http://www.tagged.com/memopad57
-
Madah cinta mimpi
@ Thursday, Jun. 12, 2008 – 02:25:14 am
Madah cinta mimpi
Wahai sayang ku…..
Ujung jarimu ku kucup mesra malam tadi
Arrrghhhhhh...!
Rupa-rupanya aku bermimpi…..!Salahkah jika aku bermimpi…?
Berganding mesra bersama mu disebuah taman
Lalu mengikat janji asmara dakapan mesra
Sehidup semati hingga keshurga….Salahkah jika aku bermimpi?
Mengharap cinta mu sepenuh hati dan jiwa-raga
Suka dan duka hidup bersama
Sehingga kehujung dunia…..Salahkah jika aku bermimpi?
Menyintai diri mu sehingga mati..! -
Madah cinta kerinduan 04
@ Thursday, Feb. 21, 2008 – 07:56:24 am
Madah cinta kerinduan 04
Wahai sayang ku..!
Wahai manis ku…!Apalah erti semuanya ini?
Jika engkau jauh dari diri ku
Tanpa mu disisi ku
Hati ini kerinduan
Hati ini kekosongan…Marilah sayang ku
Datanglah segera kepada ku
Aku rindu pada mu
Aku cinta pada mu…!
(jangan biarkan aku kesaorangan..!) -
MADAH CINTA RINDU 03
@ Wednesday, Feb. 06, 2008 – 08:04:21 pm
MADAH CINTA RINDU 03
Tahukah kau ….sayang ku?
Masa berlalu begitu perlahan tanpa diri mu..
Diri ku jadi tidak menentu…!Aku rindu ingin bersama mu
Aku rindu ingin menyentuh muAku rindu senyuman mu..
Aku rindu belai manja mu
Aku rindu nada suara mu
Aku rindu sentuhan mu
Aku rindu belaian kasih mu…
Arrrggghhhhhh…!
Aku dilamun rindu…! -
Untuk siapa?
@ Thursday, Nov. 15, 2007 – 07:50:20 am
Seluar lama sudah lusuh
Baju juga turut lusuh
Dimana pakaian baru?
Haruskah aku membelinya?
Untuk siapa? -
Madah cinta lagu rindu
@ Tuesday, Jul. 10, 2007 – 07:23:24 am
MADAH CINTA LAGU RINDU
Ingin ku nyayikan lagu rindu
Ingin ku luahkan rasa hati ku
Hanya pada muKerana aku rindu
Terlalu rindu…
Aku cinta pada mu! -
Puisi cinta yahoo.
@ Tuesday, Dec. 12, 2006 – 01:33:23 pm
PUISI CINTA YAHOO
PUISI YAHOO
WE INVITE YOU...!
http://groups.yahoo.com/group/puisi/Kami menjemput anda untuk menyertai ruang PUISI YAHOO ini.
Sila DAFTAR dan JOIN PUISI YAHOO kami.Marilah sama2 kita kumpulkan semua tulisan BULLETIN seni atau..karya madah cinta, puisi cinta, puisi apa2 sahaja atau...kata2 hikmat-pujangga, cerpen (cerita pendek), cerita humor atau tulisan curahan hati kita ... ATAU KARYA SESIAPA SAHAJA ….( dalam bahasa melayu atau bahasa indonesia ) ...untuk dikumpulkan, disimpan dan dimuatkan didalam ruang PUISI YAHOO ini.
Semoga kita semua sama2 dapat berkarya dan juga sama2 dapat berkongsi membaca …sambil menghayatinya....
Sekian.
Terima kasih.
http://groups.yahoo.com/group/puisi/ -
Madah cinta - hari raya idul fitri
@ Thursday, Oct. 19, 2006 – 01:47:45 pm
MADAH CINTA - HARI RAYA IDIL FITRI
Ku ucapkan kepada semua umat islam
Selamat menyambut hari raya idil fitri
Maaf zahir dan bathin
Dan...
selamat bertemu dilain masa
Dan dilain tulisan -
Madah cinta - Rehat
@ Thursday, Jun. 22, 2006 – 01:10:49 am
MADAH CINTA - REHAT
Aku rehat!
Sibuk dengan berbagai2 perkara
Kehidupan dan apa2!Jumpa aku di...
http://groups.yahoo.com/group/puisi/AKU SERING KE SANA!
-
Madah cinta dan karya sastera
@ Thursday, Mar. 16, 2006 – 05:24:10 am
MADAH CINTA DAN KARYA SASTERA
Aku tengok....
Mereka bukannya sibuk menulis!
Mereka bukannya sibuk menambahkan hasil karya mereka!Tetapi....
Apa yang aku nampak ialah...
Mereka lebih sibuk berbincang, bercerita dan berborak pasal teory sastera!Botol kicap atas meja
Banyak cakap kurang kerja!Mereka sibuk mengkritik puisi orang lain!
Mereka sibuk mengulas karya orang lain!
Mereka sibuk cakap ini....cakap itu.....!
Namun....memperbanyakkan hasil karya itu sendiri...mereka tidak pentingkan!
Itulah yang telah aku lihat kenyataannya!Botol kicap atas meja
Banyak cakap malas kerja!Kalau tukang cakap memang banyak!
Kalau tukang mengulas memang banyak!
Kalau tukang nak betolkan tulisan orang lain memang banyak!TETAPI....
Tukang mengarang dan meluahkan rasa hati jiwa sendiri...AMATLAH sedikit!Botol kicap atas meja
Jangan dibiarkan masuk angin
Kan nanti ....tak sedap pulak rasanya!Aku berpendapat...
Apa yang penting ialah menghasilkan karya sastera itu sendiri!
Yang penting Menghasilkan LUAHAN inspirasi masing2!
LUAHAN...
Demi luahan......
Demi luahan...demi luahan...!
Itulah yang lebih penting!
(samada orang lain suka atau tidak..itu tidak penting!)Kerana yang sebenarnya...
Apabila kita cuba menghasilkan sebuah hasil karya dengan luahan rasa hati kita....
Kita SEBENARNYA telah bekerja MENGGILAp HATI JIWA KITA SENDIRI...!
Kita sebenarnya telah berusaha melembutkan dan memperhaluskan hati perasaan jiwa kita sendir!MENGILAP DAN MENCUCI HATI JIWA SENDIRI ITU ADALAH PENTING..!!
Aku kata...
Bekerjalah dan berusahalah mencuci hati jiwa sendiri sepanjang hayat!Dan aku kata lagi....
Seni tulis sastera itu....adalah salah satu alat pencuci hati!
Alat pelembut hati jiwa sendiri...!Barangkali ...kita TIDAK akan berjaya untuk mencuci hati jiwa SEMUA manusia dengan karya kita!
Barangkali ...karya kita TIDAK berjaya memuaskan hati orang lain!
Barangkali ...karya kita di tuduh rendah nilai sasteranya!
Barangkali ...karya kita dikata...tidak mempunyai nilai mesej yang baik kepada masyarakat!
Barangkali....
Barangkali....Namun yang pentingnya ialah....
Kita telah berjaya menyentuh perasaan hati jiwa kita sendiri dengan karya kita!
Kita telah berjaya bekerja mengilap dan mencuci hati jiwa kita sendiri dengan hasil karya kita!
Kita telah berjaya melembutkan kerasnya hati kita sendiri dengan hasil karya kita!
ITULAH YANG LEBIH MUSTAHAK!Kerana itulah...
Saorang seniman itu sebenarnya bekerja memperindahkan hati jiwanya sendiri supaya...lebih berjiwa halus, indah, lembut lagi murni! -
Puisi cinta sudah hilang!
@ Thursday, Feb. 16, 2006 – 11:46:56 am
PUISI CINTA SUDAH HILANG!
Aku sudah tidak berdaya!
Puisi cinta ku sudah hilang!
Hilang entah kemana..?Hati ini menjadi begitu membara
Bila mendapat tahu kisah seorang suami celaka yang suka memperbodoh2kan isterinya!Kesian si isteri itu!
Kisah si isteri yang sering ditipu olih suaminya!
Kisah si isteri yang sering digertak2 olih suaminya...supaya taat dan patuh kepada suaminya yang laparkan wang ringgit serta membesarkan egonya!Kisah si isteri yang dihalang olih si suami daripada dapat pergi bercampur mesra bersama ahli keluarganya sendiri!
Kisah si isteri yang dilarang olih suaminya dari pergi mengaji al Quran kerumah ibunya!
Kisah si isteri yang dilarang olih suaminya dari mengaji al Quran bersama2 adik beradiknya!Kisah si isteri yang sering diperbodoh2kan dan digertak2 olih si suami ...yang mengunakan hujah2 agama ... agar si isteri menjadi bahalul mengikut perintah si suami tanpa usul periksa!!
Kisah si suami yang pandai berpura-pura dan berlagak alim dan warak dihadapan orang lain semata2 untuk mendapat pujian dan wang ringgit dari orang lain!
Kisah si suami yang sering rasa dengki dan busuk hati terhadap kelebihan orang lain!
DAN...
Kerana itulah...
Aku telah kehilangan puisi cinta ku! -
Madah cinta puisi cinta karya siapa?
@ Monday, Jan. 16, 2006 – 05:14:59 pm
MADAH CINTA PUISI CINTA KARYA SIAPA?
Aku telah baca banyak MADAH CINTA dan PUISI CINTA yang telah ditulis didalam bermacam2 blog yang ada dialam cyber ini.
Ada yang baik-baik dan ada juga yang agak menarik.
Aku tidak pasti sama ada tulisan si penulis madah cinta atau penyair puisi cinta di blog tersebut adalah hasil karya asli SAJAK dan PUISI tulisan mereka sendiri.Apa yang aku pasti ialah....
Aku TIDAK akan mengambil PUISI CINTA atau MADAH CINTA atau apa2 pun tulisan penulis2 tersebut tanpa izin mereka!Sekurang2nya...jika aku mengambil hasil karya tulisan mereka ...maka aku kan letakkan alamat URL blog mereka dan NAMA mereka didalam blog ku ini!
Begitulah caranya aku memberi penghormatan kepada mereka2 yang telah bersusah payah menghasilkan MADAH CINTA atau PUISI CINTA tulisan mereka itu...didalam blog mereka dialam cyber ini.
Aku percaya bahawa, seorang yang sebenar2nya berjiwa seniman yang tulin tidak akan mencuri karya2 penulis, penyair atau penyajak2 yang lain dan kemudian cuba mengaku bahawa itu adalah tulisan hasil karya mereka sendiri!
Mencuri hasil karya tulisan orang lain dan kemudian mengaku sebagai tulisan mereka sendiri ...adalah satu sifat yang mundur ....yang bukan sebenar2nya sifat seorang seniman tulin yang berjiwa luhur, mulia lagi halus.
Jika kita sering mencuri karya2 orang lain dan cuba mengaku kepunyaan kita....maka lama lelamaan...keupayaaan dan kebolehan kita untuk berkarya akan menjadi lemah dan tumpul!
Yang pentingnya ialah, kita seharusnya berkawan dan berkenal sesama penyair PUISI CINTA dan MADAH CINTA dialam cyber ini.
Ini akan membuat dan mendorong diri kita sendiri supaya lebih berjiwa jujur dan berhati luhur kearah menjadi seorang manusia seniman sejati.
Ku ucapkan selamat berkenalan kepada semua penulis, penyajak dan penyair PUISI CINTA, PUISI KASIH, MADAH CINTA yang berada dialam cyber ini.
Dan selamat terus menulis dan berkarya.... -
Madah cinta hari raya idul fitri
@ Monday, Nov. 14, 2005 – 08:45:36 am
Bulan Syawal telah pun tiba..!
Ku ucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua umat islam sedunia...
Maaf zahir dan bathin!
Semoga ...semua didalam aman sejahtera hendaknya..Dibawah ini ku isikan sebuah puisi yang telah ku ambil dari sebuah blog..
Aku suka akan puisi ini..MADAH CINTA DAN HARI RAYA IDUL FITRI
Bulan Shawal berkunjung tiba
Ramadhan sudah berlalu pergi...
Takbir hari raya dilaungkan
Memuji Tuhan sekelian alam
Penuh kesyukuran dalam rintihan
Penuh harapan.....Wajah ceria berpandangan
Saling maaf - bermaafan
Buang yang keruh ambil yang jernih
Bertekad azam didalam dada
Memperbaharui amal dihari muka.Hidup didunia hanya sementara
Peluang beramal sentiasa terbuka
Pencucui isi dada dari daki dunia
Satu perjalanan keluhuran jiwa
Meniti usia kehari tua.RUJUKAN...
http://www.blogigo.com/madahpuisip.s.
SEKALI LAGI...
Ku ucapkan selamat hari raya Idul Fitri kepada semua...!
Maaf dzahir dan bathin...! -
Madah cinta dan bulan ramadhan ku.
@ Thursday, Oct. 13, 2005 – 12:10:51 pm
MADAH CINTA DAN BULAN RAMADHAN KU
Kali ini bulan ramadhan tiba lagi!
Seperti biasa ramai umat islam berpuasa...
Aku tidak pasti berapa ramaikah yang berpuasa kali ini...Kadang2 aku terfikir...
Cuaca tidak menentu
Kadang2 panas dan kadang2 hujan
Kenderaan begitu sibuk dijalan raya kota
Manusia zaman ini begitu ligat bergerak kesana kesini
Masing2 dengan usaha masing2 cuba mengejar kejayaan kehidupan....
Ada yang stress dan ada yang keletihan
Masih adakah yang sanggup berpuasa di bulan ramadhan ini..???
Masih adakah yang mahu membersih diri fikiran hati dan jiwanya dengan berpuasa di bulan ramadhan..??
Entah..lah!
Aku pun tidak tahu...Apa yang ku tahu ialah...
Bulan ramadhan sentiasa bakal tiba setiap tahun!
Selagi dunia belum kiamat! -
Madah Cinta Sedih.
@ Friday, Sep. 23, 2005 – 05:25:16 am
MADAH CINTA SEDIH
Hatiku terluka lagi!
Siapa yang dapat memahami diri ku ini?
Pada sekeping hati nurani
Dan pandangan yang jauh serta sebuah shurga
Satu kebenaran....
Bagai perisai dan sebuah senjata
Pemagar diri yang terluka ini.Hatiku terluka lagi..!
Disebalik kabus kejahilan dan kedegilan
Mereka2 yang mengambil mudah erti kewujudan
Pada sekeping hati...
Dan sebuah impian kesejahteraan
Yang pasti kekal abadi! -
Madah Cinta Sebuah Tulisan
@ Thursday, Sep. 01, 2005 – 02:26:36 am
MADAH CINTA SEBUAH TULISAN.
Wahai kawan2 ku...
Dengarlah bisikan kata2 ku ini.Tulislah wahai kawan2 ku..!
Tulislah madah cinta mu
Tulislah puisi cinta mu
Tulislah apa2 yang telintas dihati mu!
Rasakan getaran suara hati naluri mu
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia!Wahai kawan ku...!
Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
Komentar sana komentar sini!
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?Wahai kawan ku...
Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahasia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta! -
Madah Cinta Dan Kepelbagaian Gaya.
@ Wednesday, Aug. 10, 2005 – 11:50:32 am
MADAN CINTA DAN KEPELBAGAIAN GAYA.
Aku suka menulis MADAH CINTA
Aku suka menulis PUISI CINTA
Dan..
Aku menulis mengikut rasa isi hatiku.Biarlah penyair2 lain menulis PUISI-PUISI kesukaan mereka masing2.
Biarlah penyajak2 lain menulis SAJAK2 kesukaan mereka masing2.
Kerana menulis itu adalah lahir dari keikhlasaan dan kecenderungan hati dan minat masing2.Menulis PUISI tidak boleh dipaksa-paksa.
Menulis SAJAK tidak boleh dipaksa-paksa.
Menulis MADAH tidak boleh dipaksa-paksa.
Kerana kerja menulis KARYA SENI itu sendiri adalah satu kerja dari rasa kemanusian itu sendiri.Masing2 menulis mengikut cita rasa masing-masing.
Masing2 menulis mengikut gaya tulisan masing2.Ada yang menulis dengan gaya yang mudah
Sementara yang lain pula menulis dengan gaya yang mendalam dan berbelit-belit.
Itulah keunikan dunia tulisan PUISI dan MADAH.
Yang menghidangkan kepelbagaian warna dan cita rasa.Memang manusia itu sendiri berbagai ragam
Berbagai selera
Berbagai cita rasa
Berbagai sudut pandangan
Berbagai cita2 dan kemahuan.DAN aku cuma seorang manusia biasa.
Yang suka membaca dan menulis MADAH CINTA dan PUISI CINTA. -
Puisi Cinta Air Mata - Cinta2
@ Monday, Aug. 01, 2005 – 11:56:22 pm
PUISI CINTA AIR MATA
Jangan engkau titiskan air matamu ......wahai manis ku!
Jangan engkau murungkan wajahmu ....wahai manis ku
Jangan engkau kurungi diri mu ............ wahai manis ku
Kerana aku…..
Tidak akan dapat meneruskan hidup ku ini
Untuk melihat engkau
Terus berduka!CATATAN..
Puisi ini aku ambil dari blog
http://cinta2.fotopages.com/ -
Puisi Cinta - Koleksi Puisi Sitan
@ Sunday, Jul. 24, 2005 – 11:39:32 am
PUISI CINTA KOLEKSI PUISI SITAN.
PUISI CINTA TIDAK DATANG LAGI.
Aku tahu
PUISI CINTA sudah mulai pergi
tidak datang lagi
sudah lari jauh dariku
terlalu jauh
entah dimana.Aku tahu
PUISI CINTA sedang sakit
tidak lagi bangkit
terlalu uzur untuk memandang ku
tidak mahu bersama ku
dan bosan terhadap ku.Aku tahu
PUISI CINTA mulai benci terhadap ku
Kerana aku....
dan ramai manusia lain...
sudah berhati batu!CATATAN..
Puisi ini aku ambil dari blog
http://sitan.blogdrive.com/
( sila rujuk blog tersebut ) -
Puisi Cinta - Sebuah koleksi Ku.
@ Thursday, Jul. 14, 2005 – 07:09:38 am
Puisi ini telah ku ambil dari tulisan blog dibawah ini atas keizinan penulis tersebut.
Aku suka puisi beliau...
http://cerpenpuisi.blogspot.com/
(sila rujuk blog tersebut)PUISI CINTA KENANGAN BERSAMA.
Pada sekuntum mawar yang mekar
dan air sungai yang mengalir
disitu ku lihat
terukir wajah mu
dan tertulis....
kisah cinta kita berdua.Sebuah nostalgia yang lalu
tidak mudah untuk ku lupakan
dan masih ku simpan erat-erat
didalam sebuah potret
wajah kita bersama.

