MADAN CINTA DAN KEPELBAGAIAN GAYA.
Aku suka menulis MADAH CINTA
Aku suka menulis PUISI CINTA
Dan..
Aku menulis mengikut rasa isi hatiku.
Biarlah penyair2 lain menulis PUISI-PUISI kesukaan mereka masing2.
Biarlah penyajak2 lain menulis SAJAK2 kesukaan mereka masing2.
Kerana menulis itu adalah lahir dari keikhlasaan dan kecenderungan hati dan minat masing2.
Menulis PUISI tidak boleh dipaksa-paksa.
Menulis SAJAK tidak boleh dipaksa-paksa.
Menulis MADAH tidak boleh dipaksa-paksa.
Kerana kerja menulis KARYA SENI itu sendiri adalah satu kerja dari rasa kemanusian itu sendiri.
Masing2 menulis mengikut cita rasa masing-masing.
Masing2 menulis mengikut gaya tulisan masing2.
Ada yang menulis dengan gaya yang mudah
Sementara yang lain pula menulis dengan gaya yang mendalam dan berbelit-belit.
Itulah keunikan dunia tulisan PUISI dan MADAH.
Yang menghidangkan kepelbagaian warna dan cita rasa.
Memang manusia itu sendiri berbagai ragam
Berbagai selera
Berbagai cita rasa
Berbagai sudut pandangan
Berbagai cita2 dan kemahuan.
DAN aku cuma seorang manusia biasa.
Yang suka membaca dan menulis MADAH CINTA dan PUISI CINTA.

eLo..sy gna skit tau awk pye quotes ni hr tu..swi x mntak kbnaran dlu keyh..^^
x de la gna smua..secubit je